Kerajaan komited memastikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mampu meraih keuntungan pada masa hadapan, namun ia bergantung pada harga minyak dunia.<br /><br />Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerugian yang diumumkan Petronas pada Jumaat lepas adalah disebabkan harga minyak yang rendah, bagaimanapun ketika ini ia telah menunjukkan peningkatan.<br /><br />Tengku Zafrul sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Terengganu selama dua hari dan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
