Bekalan air di 973 kawasan atau 75.31 peratus daripada 1,292 kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang telah pulih sepenuhnya setakat 12.30 tengah hari tadi.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan dia dimaklumkan perkara itu oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.

Menurutnya, kelewatan bekalan air untuk pulih di beberapa kawasan lain didorong oleh jarak kawasan tersebut dengan loji dan juga aras ketinggian kediaman yang mempengaruhi tekanan air.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan penguatkuasa agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam memastikan bekalan air pulih lebih awal dari jangkaan.