Mahkamah Arab Saudi telah memenjarakan lapan orang selama di antara tujuh hingga 20 tahun di atas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, lapor media Arab Saudi pada Isnin.

Keputusan itu dibuat empat bulan selepas keluarga Khashoggi memaafkan pembunuhnya, yang memungkinkan lima hukuman mati yang dijatuhkan pada bulan Disember diketepikan.

Khashoggi, seorang kolumnis untuk The Washington Post, telah dibunuh dan dikerat anggota badannya di konsulat kerajaan tersebut di Istanbul pada 2 Oktober, 2018, dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Laporan oleh Reuters.