Setakat tengah hari tadi, kes Covid-19 baru di Malaysia menyaksikan lonjakan 100 lagi kes baru berbanding 62 kes, semalam.

Ia adalah kenaikan yang tertinggi dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baru yang dilaporkan hari ini terdiri daripada 85 kes tempatan dan 15 kes import.

Daripada 85 kes penularan tempatan, 62 kes dikesan di kluster Benteng LD dan 23 kes dikesan dari kluster Sungai di Kedah dan Perlis.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/541784