Muhyiddin Yassin mahu pucuk pimpinan dan ahli semua parti politik yang mendukung Perikatan Nasional (PN) bekerja keras seolah-olah akan menghadapi PRU dalam tempoh terdekat.<br /><br />Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu itu turut menegaskan kesemua mereka perlu bersepakat dan berbincang secara baik tanpa ada sifat dan perasaan cemburu untuk membentuk persefahaman sesama mereka.<br /><br />Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Bersatu di Kuala Lumpur malam tadi yang dihadiri ahli parti itu dari seluruh negara, selain wakil parti dalam PN.
