Penyanyi Siti Sarah Raisudin tampil membuat permohonan secara terbuka berhubung isu menghina rambut rambut orang asli yang dilakukannya tanpa sengaja menerusi sebuah video promosi shampoo yang tular beberapa hari lalu.

Sarah, 36, mengharapkan permohonan maaf tersebut diterima baik dan tidak diperbesarkan lagi selepas ini.

Dalam rakaman video viral itu, Sarah mempromosikan sejenis syampu bersama Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura.

Namun, kenyataan Sarah yang memetik nama Orang Asli dalam rakaman video berkenaan dikecam netizen yang mendakwa, penyanyi lagu Kesetiaan itu menghina masyarakat Orang Asli.