Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata keutamaan yang lebih ditekankan dalam pilihan raya hujung bulan ini ialah peluang untuk memenangi kerusi berbanding isu maruah sesebuah parti.

Katanya hal itulah yang dinyatakan pihaknya kepada Anwar Ibrahim ketika presiden PKR merangkap ketua pembangkang di parlimen itu berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.

Menjelaskan isu pembahagian kerusi bagi menghadapi Perikatan Nasional, Mohd Shafie berkata sebelum ini dia sudah memberikan banyak kerusi kepada PKR.

Namun katanya PKR hanya berjaya memenangi dua kerusi saja.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542035