Kawasan Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Tawau di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran.

Perintah itu akan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan membabitkan banduan, 114 anggota dan 355 ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau.

Beliau berkata, ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam selepas mengambil kira penularan kes jangkitan positif Covid-19 di lokaliti itu