Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin mengatakan mahkamah merupakan platform terbaik untuk menyelesaikan kes ahli yang lompat parti.<br /><br />Katanya, PKR telah pun membawa kes-kes lompat parti oleh beberapa ahlinya sebelum ini ke mahkamah bagi menentukan sekiranya tindakan itu bercanggah dengan perlembagaan parti itu atau tidak.<br /><br />Shamsul berkata demikian di majlis penyerahan watikah kepada calon PKR di Sabah hari ini.