Seramai 20 ketua cawangan UMNO Libaran menolak pencalonan Mokran Ingkat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung esok.

Ketua cawangan UMNO Taman Sri Gaya , Sapar Sastro berkata hal ini kerana Mokran Ingkat tidak pernah berkhidmat di kawasan tersebut.

Oleh itu katanya, mereka ingin calon itu ditukar kepada bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman bagi membolehkan kemenangan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Cawangan UMNO PDM Sungai Manila, Sabah, hari ini.

Terdahalu, Musa Aman memberi petunjuk di media sosialnya bahawa beliau akan bertanding di kawasan DUN Sungai Manila.

Namun semalam, Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin sewaktu mengumumkan pencalonan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak menyebut nama Musa Aman sebagai calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan bagi PRN Sabah.