Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini menjelaskan parti itu telah berusaha untuk mengelakkan pertembungan calon, namun tidak mencapai persefahaman berkenaan beberapa kerusi dengan sekutunya Barisan Nasional (BN) .

Timbalan Presiden PBS, Radin Malleh berkata, keputusan meletakkan calon di 15 kerusi yang dipilih kerana kekuatan akar umbi parti di kawasan itu.

PBS juga berharap tiada 'sabotaj' dilakukan oleh sekutunya kerana mereka mempunyai misi yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan pimpinan Warisan.

PBS akan bertanding di lapan kerusi dan akan bertembung dengan parti- parti BN di kerusi Bengkoka (UMNO/PBS), Tanjung Aru (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Tandek (PBS/PBRS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Kapayan (MCA/PBS) dan Karamunting (MCA/PBS).

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=610384356246729&ref=watch_permalink