Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin mengatakan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap calon-calon yang dinamakan untuk pilihan raya negeri kali ini merupakan lumrah dalam politik.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ketua-ketua cawangan UMNO Libaran hari ini yang menolak pencalonan Mokran Ingkat untuk kerusi DUN Sungai Manila. <br /><br />Mereka sebaliknya mahu calon itu ditukar kepada bekas ketua menteri Sabah dan Adun Sungai Sibuga, Musa Aman bagi membolehkan kemenangan.