Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor hari ini menyatakan beliau akan menerima cadangan presidennya yang juga perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.<br /><br />Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Gabungan Rakyat Sabah untuk menentukan ketua menteri kelak sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya negeri. <br /><br />Terdahulu, Muhyiddn mengumumkan bahawa Hajiji akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan negeri itu daripada parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.