Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon menjelaskan ini merupakan kali pertama parti itu tidak bertanding menggunakan logo roket di pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, parti itu memilih untuk berbuat demikian kerana yakin untuk mewujudkan satu barisan yang kukuh pada PRN kali ini bersama Warisan dan Amanah.

Frankie yang juga calon untuk kerusi DUN Tanjong Papat berkata demikian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Sumber video:
https://www.facebook.com/watch/?v=340146073778440&extid=elCgP69D7Az8AEmT