Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob memperingatkan ahli-ahli gabungan Perikatan Nasional agar tidak hilang fokus dengan 'memperjuangkan jawatan ketua menteri Sabah' selagi tidak mencapai kemenangan di pilihan raya negeri itu. <br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Libaran untuk kerusi DUN Gum Gum, DUN Sungai Manila, DUN Sungai Sibuga petang tadi.
