Perwakilan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan mengingatkan rakyat Sabah untuk tidak terperdaya dengan “parti sesumpah” pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Masyarakat di Sabah perlu berhati-hati memandangkan ada parti Semenanjung yang menggunakan bendera parti lokal yang mana mereka ini tidak yakin dengan bendera sendiri …takut akan kalah.

“Rakyat Sabah jangan tertipu dengan keadaan ini kerana mereka sebenarnya berpura-pura, umpama sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-66, di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) semalam

Sumber video: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/3392618177493645