Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjelaskan mengenai status pendaftaran parti itu.<br /><br />Ini susulan selepas Naib Ketua Pemuda PKR (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendedahkan cariannya tidak menemui sebarang rekod berhubung pendaftaran parti itu di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).