Kemenangan kerajaan Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang akan dipengaruhi oleh kemenangan gabungan itu di pilihan raya negeri Sabah kali ini, kata Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi.<br /><br />"Kalau mahu kerajaan di seluruh negara stabil, kestabilan itu bermula dari Sabah," katanya ketika berucap di majlis pertemuan jentera BN di Tanjung Batu, Kalabakan malam tadi.<br /><br />Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sering dilihat tidak begitu stabil dan kemampuannya bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi tanda tanya berikutan hanya mempunyai majoriti tipis di parlimen.