Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan pentadbiran (PKPD) di Tawau dan Lahad Datu setakat ini. <br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang giat melakukan saringan bersasar kepada 25,000 individu di Tawau dan 13,000 individu di Lahad Datu. <br /><br />Selain itu katanya,KKM telah mengenal pasti 14 lokasi yang terlibat dengan Kluster Benteng Lahad Datu dan Kluster Laut.