Setiausaha akhbar kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Muhammad Faudzi Jalil menafikan dakwaan bahawa menteri itu kini sedang bercuti sementara.

Ini bercanggah dengan satu kenyataan lain mengenai status Khairuddin yang juga ahli parlimen Kuala Nerus itu, yang kini disiasat kerana mengingkari kuarantin wajib selepas beliau pulang dari Turki bulan lalu.

Sumber dalaman kerajaan berkata pemimpin PAS itu kini bercuti sementara menunggu keputusan siasatan kesnya selesai.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542658