Ismail Izzani memberitahu dia akan mengubah gaya rambut setiap beberapa bulan bagi memberi kelainan terhadap penampilannya.

Ismail, 20, berkata dia sedar ramai peminat yang rimas dengan fesyen rambut terkini yang agak panjang dan tidak sesuai dengan usia remajanya.

“Saya tidak pernah rambut panjang, sesetengah orang cakap dah macam Datuk Jamal Abdillah.

“Sebenarnya sebagai penghibur kita kena bermusim, kadang-kadang kita rambut botak untuk beberapa bulan, kita rambut kemas untuk beberapa bulan.

“Isha Allah saya akan potong sebab dah ramai tegur kenapa tak potong rambut ini,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ismail akan keluarkan lagu terbaharu berserta muzik video pada 30 September ini dan akan tampil dengan album tidak lama lagi.

Klik link di bawah bagi mengetahui artikel berkaitan:-

https://www.mstar.com.my/video/2020/09/16/mahu-kelainan-ismail-izzani-tukar-gaya-rambut-ikut-musim---saya-tak-akan-botak-sebab-telinga-capang