Surprise Me!

Alif Satar buka rahsia rumah tangga bahagia, sweet sangat... siap ingat masakan pertama isteri

2020-09-17 4 Dailymotion

“SAYA tidak sabar untuk raikan ulang tahun ke-60”, demikian harapan artis versatil Alif Satar apabila ditanya mengenai perkahwinannya bersama Sha Dila Halid yang sudah memasuki tahun keenam.

Bagaimanapun ujar Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 30, rumah tangganya tidak terlepas daripada ujian namun ia memerlukan persefahaman untuk menyelesaikannya.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri, itulah perkahwinan... seseorang perlu memberi dan seorang lagi harus memujuk.

“Perkahwinan kena ada kesabaran, kena ada give and take. Alhamdulillah sudah enam tahun dan kami dikurniakan tiga orang anak... Alif tak sabar nak raikan ulang tahun ke-60,” ujarnya kepada mStar.

Alif mendirikan rumah tangga bersama Sha Dila Halid pada 15 September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali.

Buy Now on CodeCanyon