Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal mungkin berasa 'ketinggalan' setelah tidak lagi bersama dengan Bersatu dan UMNO.

Beliau mengulas soalan mengenai kenyataan Shafie dalam wawancara bersama Bernama baru-baru ini bahawa PN ditubuhkan oleh parti-parti yang ditolak rakyat.

Selain itu katanya, amat penting untuk mempunyai kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan persekutuan untuk memberi perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu majlis pemimpin Bersatu bersama rakyat di Tuaran hari ini.