Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, presiden parti Anwar Ibrahim mahu calon-calon PKR yang akan bertanding di PRN Sabah untuk memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan dalam kempen mereka.

"Fokus pada isu tempatan. Tak payah jawab isu-isu nasional"

"Azmin? Tak payah jawab. Biar. Biar dia hanyut, biar dia terjun dengan labu-labunya," katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Malaysia anjuran PKR di Kota Kinabalu semalam.

Merujuk kepada Azmin, Saifuddin berkata tidak mustahil untuk bekas timbalan presiden PKR itu untuk mengkhianati rakyat selepas sanggup mengkhianati parti yang telah memberi berbagai-bagai peluang kepadanya sepanjang 20 tahun lepas.

Sumber video: https://www.facebook.com/PKRSabah/videos/618894728988104