Rakyat Malaysia terkejut baru-baru ini dengan video Veveonah Mosibin, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah, terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan Internet ketika menduduki peperiksaan.

Ia membuka mata terhadap kemudahan Internet di kawasan-kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan.

Bagaimanapun di semenanjung juga masih terdapat kawasan tidak mempunyai sambungan Internet, antaranya Ladang UP Bahagian Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah.

Perkara itu menyebabkan penduduk terpaksa memacak tiang yang tinggi dan meletakkan modem Internet tanpa wayar di puncaknya bagi membolehkan penduduk sekitar mendapat talian Internet.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/543008#mk-comments