Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal terus menyerang musuh politiknya Musa Aman malam tadi ketika berucap di ceramah umum Warisan Plus di Lido Plaza semalam.

Menurut Shafie, beliau mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan lalu kerana tidak mahu menyerahkan kuasa kepada bekas ketua menteri Sabah.

Shafie mendakwa cubaan rampasan kuasa yang dilakukan Musa itu didokong oleh pemimpin politik dari semenanjung dan tindakan membubarkan DUN adalah untuk mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat Sabah.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Xa4UbisDJHo&feature=youtu.be