Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru penduduk Sabah untuk memilih presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal dan tidak membenarkan pemimpin politik dari semenanjung untuk memilih calon ketua menteri mereka.

Beliau berkata Shafie merupakan calon ketua menteri yang tepat, berbanding calon ditawarkan PN yang disifatkan hanya akan mengikut telunjuk perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin pada 12 September lalu menawarkan Ketua Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai calon ketua menteri Sabah jika pembangkang negeri menang pilihan raya.

Bagaimanapun kata perdana menteri itu, keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

Sumber video: https://www.facebook.com/borneotodaytv/videos/995928677521047/