Badan pemantau pilihan raya Bersih mahu SPRM menyiasat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan menggunakan amalan rasuah semasa berkempen di Sabah.<br /><br />Ini susulan penyampaian sebuah cek replika untuk bantuan lebih RM60 juta dalam majlis kerajaan persekutuan di Beaufort yang menampilkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, semalam.
