Surprise Me!

Tak semua pengguna TikTok bermasalah, kecam-kecam tiada faedah pun!

2020-09-18 15 Dailymotion

PENDATANG baharu industri muzik Nasrul Ikhwan memberitahu, tidak semua pengguna TikTok menggunakan aplikasi tersebut ke arah perkara negatif.

Nasrul atau nama sebenar Nasrul Ikhwan Noor Azman, 13, dia tidak bersetuju dengan tindakan masyarakat yang melemparkan kata-kata kesat dan mengaitkan semua pengguna TikTok adalah bermasalah.

“Kalau seorang yang buat salah, korang tegur yang buat salah tu... korang tidak perlu labelkan semua orang yang bermain TikTok itu tidak elok dan tidak baik.

“Kita tak perlu kecam-kecam, tiada faedah pun... dan kita tak boleh cakap mak bapak mereka tak ajar!” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nasrul yang baru sahaja tampil menerusi lagu Merana berharap penonton muzik videonya dapat memahami isu yang ingin diketengahkan sebelum meninggalkan komen negatif.

Buy Now on CodeCanyon