Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya gabungan PN-BN-PBS menang dalam pilihan raya Sabah kali ini, pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat.

Ini adalah pertama kali Muhyiddin menunjukkan kecenderungan melaksanakan PRU segera kerana sebelum ini beliau sekadar mengisyaratkan bahawa PN dan sekutunya harus bekerja keras seolah-olah "PRU akan diadakan esok".

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra di Pintasan, Kota Belud, Sabah hari ini.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/543113