Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini mengakui sedikit 'terhibur' dengan gelaran 'Abah' yang diberikan rakyat Malaysia kepadanya.

"Sekarang semua orang Malaysia saya jumpa, abah, abah, abah...macam sudah tua saya"

"Memang pun sudah tua 73 tahun, tapi usianya macam 43 tahun," katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra di Pintasan, Kota Belud, Sabah hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana masih sihat selepas sembuh dari penyakit kanser pankreas yang dihadapinya sebelum ini.