Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, Parti Warisan Sabah atau Warisan hanya memenangi 4 daripada 10 kerusi Kadasan Dusun Murut (KDM) yang ditandinginya.<br /><br />Warisan, yang dilabel seterunya sebagai parti "pendatang tanpa dokumen" dalam masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM), kini bergantung kepada sekutu barunya UPKO untuk mendapatkan sokongan daripada komuniti bumiputera bukan Islam.<br /><br />Bagaimanapun, kebimbangan terhadap Warisan akibat momokan "pendatang tanpa dokumen" turut memberi kesan terhadap UPKO, yang bergelut dengan label seumpama itu di kawasan KDM.