Peratusan keluar mengundi dalam proses undi awal setakat pukul 10 pagi ialah 35 peratus, menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.<br /><br />Sementara itu menurut Bernama, seramai 270 pegawai dan anggota polis di Sabah tidak mengundi awal kerana masih dikuarantin.<br /><br />Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, anggota yang terbabit dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berpangkalan di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.
