Malaysia mahukan penambahbaikan dan perubahan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ramai yang masih menderita akibat konflik di beberapa bahagian di seluruh dunia.<br /><br />Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan akibat peperangan.<br /><br />Muyhiddin berkata demikian ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 badan itu.
