Bekas menteri pelancongan seni dan budaya Mohammadin Ketapi menafikan dia menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Dalam satu video yang dimuatnaiknya di media sosial, beliau turut memohon maaf kerana menurutnya video yang tular itu telah disalah ertikan.

Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

Terdahulu media melaporkan Mohammadin mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.

Berdasarkan video yang tular itu, beliau berucap semasa kempen baru-baru ini dengan berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya Umno akan kalah kepada PKR.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=373014580733095