Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata timbalan perdana menteri yang akan dilantik setelah beliau berjaya mengambil alih kerajaan bukanlah isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya Wan Azizah hanya akan menjadi penasihat dan isteri kepadanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.