Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan bahawa kesemua 11 Ahli Parlimen dari parti itu menyokong langkah Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dalam membentuk kerajaan baru.<br /><br />Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberikan respons yang lebih berhati-hati.<br /><br />Dalam satu kenyataan, Lim berkata kesemua 42 ahli parlimen DAP akan memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan