Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu rakyat Malaysia agar menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang didakwanya sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik serta pelan pemulihan ekonomi negara.<br /><br />Anggota Parlimen Pagoh itu juga mengajak semua pihak bersama dengannya serta "rakan-rakan" dalam kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara ketika masih berhadapan krisis ekonomi dan kesihatan susulan pandemik Covid-19.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam sidang media khas, di Putrajaya, hari ini.
