Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara tidak langsung mengesahkan Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti.<br /><br />Menurutnya, Zahid menyebut secara spesifik dalam kenyataannya bahawa ramai ahli parlimen Umno dan BN telah menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim <br /><br />Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid yang memberitahu bahawa Umno tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang menyokong Anwar.