Enggan terganggu dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti parlimen, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Sabah semalam untuk meneruskan kempen meraih sokongan buat Gabungan Rakyat Sabah. <br /><br />Tampil dengan kemeja batik, Muhyiddin malam tadi dengan tegas memberitahu hadirin di majlis ramah mesra anjuran Perikatan Nasional di DUN Luyang bahawa dia masih perdana menteri.<br /><br />Muhyiddin enggan berkata lebih lanjut mengenai perkara itu dan mengatakan bahawa itu adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.