Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman tidak percaya bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.<br /><br />Sebaliknya, Anifah percaya dakwaan mengejutkan Anwar semalam hanyalah propaganda menjelang pilihan raya negeri Sabah.<br /><br />Anifah mengatakan mustahil bagi Anwar untuk memiliki jumlah tersebut kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
