Surprise Me!

Muhyiddin nafi batal peruntukan RM4.2 juta kepada Kg Sim Sim

2020-09-24 680 Dailymotion

Perdana menteri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan peruntukan RM4.2 juta untuk kerja-kerja pembaikpulihan di Kampung Sim-Sim, Sandakan. <br /><br />Ketika berucap di Kampung Sim Sim hari ini, beliau turut menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai bukti peruntukan itu telah diluluskan bagi kerja pembaikpulihan 24 jambatan. <br /><br />14 September lalu, anggota parlimen Sandakan Vivian Wong mendakwa peruntukan kira-kira RM4.2 juta yang diluluskan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng sebelum ini telah dibatalkan apabila PN mengambil alih kerajaan persekutuan pada Mac lalu.

Buy Now on CodeCanyon