Azmin Ali menyifatkan kenyataan presiden Umno bahawa ramai ahli parlimen Umno dan BN menyokong Anwar Ibrahim, hanyalah pandangan peribadinya.

Menurut Azmin yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, beberapa pemimpin BN telah menyatakan sokongan Umno masih terhadap Perikatan Nasional (PN).

Azmin turut menepis soalan pemberita berkenaan kemungkinan Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak akan berlaku.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/543916