Pemuda PKR (AMK) berpendapat Muhyiddin Yassin wajar mencontohi langkah diambil Dr Mahathir Mohamad dengan melepaskan jawatan perdana menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota parlimen.<br /><br />Naib Ketua AMK Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata Mahathir melepaskan jawatan sebaik saja menyedari dia tidak lagi mendapat kepercayaan dalam kalangan anggota parlimen pada akhir Feb lalu.<br /><br />Katanya, pendedahan dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan ada ahli parlimen BN kini memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim membuktikan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti sebagai perdana menteri.