Sebanyak 20 unit helikopter digunakan untuk menghantar bahan pengundian seperti peti undi dan alat undian di kawasan pendalaman dan pulau-pulau di Sabah. <br /><br />Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata sekiranya cuaca tidak menginzinkan, beliau telah membuat persediaaan rapi iaitu mungkin menggunakan kereta pacuan empat roda atau bot. <br /><br />Abdul Ghani juga berharap keputusan penuh Pilihan raya Negeri (PRN) negeri esok dapat diketahui seawal jam 10 malam namun ia bergantung kepada keadaan.
