Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun selama seminggu kerana sedang menjalani pemerhatian di sebuah hospital.<br /><br />Bercakap kepada Reuters, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong telah dinasihatkan oleh doktor-doktornya untuk menetap (di hospital) selama tujuh hari untuk pemerhatian.<br /><br />Sehingga itu, katanya, Agong tidak akan menerima menghadap daripada sesiapa.
