Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dilaksanakan mengikut tempoh penggal semasa, memandangkan usianya sudah mencecah 98 tahun ketika itu.<br /><br />Namun bekas Perdana Menteri itu bersedia menawarkan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan parti yang baru ditubuhkannya, Parti Pejuang Tanah Air jika perlu.<br /><br />Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui wakil media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.