Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan sebentar tadi mengumumkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 37 kerusi yang ditandingi mereka. <br /><br />Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan Warisan secara tidak rasminya telah 'tumbang' dan disambut dengan tepukan para hadirin yang berada di bilik operasi gabungan itu.