Keadaan sugul dapat dirasai di kediaman Presiden Warisan, Shafie Apdal di Likas susulan Gabungan Rakyat Sabah mengumumkan kemenangannya dalam PRN kali ini.

GRS mengatakan keputusan tidak rasmi menunjukkan mereka telah menang 37 daripada 73 kerusi - iaitu majoriti mudah.

Setakat ini, Warisan Plus menang 20 kerusi sementara tiga lagi oleh calon lain.

Shafie dijadual membuat sidang media pada pukul 9 malam di sini tetapi setakat ini belum bertemu dengan wartawan yang berkumpul di luar rumahnya.

Kira-kira 50 penyokong turut berkumpul di luar.