AKIBAT menjual produk kesihatan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM), anak pelakon veteran yang juga peniaga didenda RM10,000.<br /><br />Mengikut pertuduhan, Rose Azlin yang juga anak Normah Damanhuri didakwa memiliki sebanyak 99 paket produk KM Sampah Cleanse untuk jualan.<br /><br />Rose Azlin atau Kak Nona yang juga kakak kepada selebriti media sosial, Liana Rosli dikenali sebagai Kak KM membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Bharat.
